- Sejak bila anda mula menggunakan telefon bimbit ?
- Apakah pelan rangkaian mudah alih yang pernah atau sedang anda langgan ?
- Apakah pulangan/ganjaran dinikmati yang anda rasakan berbaloi setelah sekian lama melanggan rangkaian mudah alih tersebut ?
Malaysia sentiasa bersaing sesama sendiri dengan memperkenalkan
pelan-pelan baru yang lebih murah dan menjimatkan. Pelbagai
bonus dan mata ganjaran ditawarkan kepada pelanggan di samping
bermacam kuiz SMS yang menjanjikan hadiah hebat dan lumayan.
Sedarkah anda :
Bonus dan mata ganjaran yang boleh ditebus oleh setiap pelanggan
adalah terlalu kecil berbanding margin keuntungan yang diperolehi
oleh syarikat telco terbabit.
Begitu juga, hadiah lumayan setiap Kuiz SMS yang ditawarkan
adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keuntungan
yang dikumpul melalui berjuta SMS yang diterima dari pelanggan
yang menyertainya.
Semua ini adalah strategi pemasaran syarikat telco terbabit di
dalam usaha memenangi hati dan kesetiaan pelanggan terhadap
produk mereka di samping mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Adakah anda sebagai pelanggan/pengguna setia produk telco
terbabit tertarik dan rasa berbaloi dengan ganjaran yang
ditawarkan ?
No comments:
Post a Comment